Wikipedia

Search results

Wednesday, 9 September 2015

Kuliah 4

Konsep Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan

  • Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000:101)

  • Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka.
  • Antara peribahasa tersebut ialah, "muka tembok","muka tarpal", "muka sengkalan","muka bantal" atau"muka papan" yang kesemuanya ditujukan kepada seseorang yang tidak tahu malu (Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman,1999:149). 
    • Malu dapat fahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa (Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249).
    • Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji.
    • Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak.
    • Menurut Zainal Kling (1980), konsep malu itu meliputi pelbagai segi pengertian termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu,keluarga,dan masyarakatnya.
    • Seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain
    • Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan
    • Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja
      melibatkan perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita
      boleh juga memalukan keluarga dan masyarakat.
        • Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka)
        • Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
        • Malu juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa.
        • Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang
        • Perkataan yang keluar dari bibirhendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar. 
        • Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita tidak boleh mengabaikan soal hati. lni adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut.

          •Oleh itu,kata-kata menggambarkan hati.Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
            
          Raja Ali Haji pernah berkata:
          "Apabila terpelihara lidah,
          Nescaya dapat daripadanya faedah"
          Manakala mengenai hati pula, Raja Ali Haji berkata:
          "Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim, segala anggota pun roboh. "
       

Pemerdagangan Manusia dan Penderaan Kanak-kanak (Kerja Kursus Henry Lau)

1.0    Pendahuluan
           
            Untuk pengetahuan umum dalam era moden ini, pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak adalah satu bentuk perhambaan. Pemerdagangan manusia berlaku ekoran daripada permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang dan kemiskinan. Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga mereka diperdagangkan, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat daripada kawalan ketat oleh sindiket. Hasil kajian daripada badan-badan bebas dan beberapa kes didapati, Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh paksa.

          Menurut Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika, pemerdagangan manusia ini dapat menjana keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak US 33 bilion setahun (angka tidak rasmi). Pemerdagangan manusia bukan saja berlaku di negara-negara mundur tetapi juga di negara-negara maju.

         Menurut Artikel 3 Protokol Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan manusia terutamanya dalam kalangan wanita dan juga kanak-kanak telah mendefinisikan pemerdagangan manusia sebagai pengangkutan, pemindahan atau penerimaan orang dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan, atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain, untuk tujuan eksploitasi iaitu pelacuran, buruh paksa atau perhambaan dan pemindahan organ-organ.

              Selain itu, sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Peranan ibu bapa yang begitu afdal dalam menentukan anak yang dilahirkan menjadi insan yang sempurna. Si anak perlulah diberi kasih sayang yang secukupnya, mereka haruslah dibelai dan diberi segenap perhatian. Walau bagaimanapun, harapkan pagar dan pagar makan padi. Pada hakikatnya, kenyataan ini mempunyai kebenarannya. Ini terbukti apabila sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan kanak- kanak. Jika tidak diselak dada akhbar sesekali kita akan digemparkan dengan berita penderaan kanak-kanak yang sering dipaparkan di dada akhbar yang kini menjadi bualan hangat dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan. Media massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Angka kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat dan tidak pernah menurun. 


2.0   Pemerdagangan manusia
2.1  Pengenalan Isu Pemerdagangan Manusia
             Pemerdagangan manusia  adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

             Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari negara jiran atau negara Asean dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar.

             Kanak-kanak, wanita muda dan remaja merupakan mangsa utama bagi pelaku pemerdagangan manusia. Ini disebabkan mereka dianggap senang dikawal dan tidak berupaya untuk melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Ini boleh dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum matang dan juga tidak dapat melindungi sendiri. Ini adalah kelebihan yang digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan kegiatan mereka. Mangsa-mangsa biasanya dijual kepada orang kaya dengan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, mereka juga dimanfaatkan untuk kegiatan pengagihan dadah.

2.2  Punca-punca Pemerdagangan Manusia Berlaku

          Kemiskinan dan kekurangan peluang pekerjaan di daerah asal merupakan salah satu punca berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa berusa mengubah taraf hidup. Antara cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk berhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur.

             Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong berlakunya kegiatan pemerdagangan orang. Pihak sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasi buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundangan. Apakah sampai dinegara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut akan dipaksa bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak asasi mereka sebagai manusia telah dirampas.

             Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini  semakin berleluasa. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada kegitan ini.  Selain itu, hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini. Ketiadaan hukuman yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk menjalankan  kegiatan jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan yang lemah menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.

            Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi dan martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil. Justeru, masalh ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan trauma kepada mangsa. 
            
            Peluang pendidikan yang rendah yang tidak sama rata antara kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan bandar dan luar bandar. Pada kebiasaannya, di kawasan kampung taraf pendidikannya adalah rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang maju. Oleh hal demikian, kes pemerdagangan manusia akan berlaku dalam kalangan mereka kerana kurang pendidikan dalam kalangan mereka menyebabkan mereka tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Hal ini turut menyebabkan kes tersebut senang berlaku dalam kalangan mereka yang kurang menerima pendidikan kerana mereka mudah ditipu oleh sesorang yang ingin mendapat keuntungan daripada mereka.

2.3   Kesan-kesan Pemerdagangan Manusia Terhadap Masyarakat Dan Negara

             Pemerdagangan manusia menimbulkan kesan yang besar terhadap masyarakat dan negara. Secara umumnya, kita akan menghadapi masalah kehilangan sumber tenaga atau kepakaran sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia terus berleluasa. Kepakaran untuk perkembangan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial mungkin terbatas kerana kepakaran tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral tersebut. Sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia tidak dibendung, negara tidak berupaya untuk beroleh kepakaran yang maksimum kerana sumber idea yang kurang daripada pelapis-pelapis baru iaitu kanak-kanak dan wanita.

           Antara kesan lain kepada masyarakat dan negara ialah pembangunan ekonomi terjejas. Pelancongan ekonomi mungkin mengalami kemerosotan kerana orang luar takut untuk datang melancong ke negara kita. Hal ini mungkin kerana faktor kebimbangan terhadap aktiviti pemerdagangan manusia yang berleluasa yang turut akan menyebabkan masalah sosial meningkat. Kebimbangan tersebut menyebabkan pelancong asing tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kerana pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan dan penjana ekonomi negara.

           Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan sistem pemerintahan negara menjadi lemah di mata dunia. Hal ini kerana negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Russia dan lain-lain mungkin beranggapan bahawa sistem pemerintahan negara kita lemah dan tidak sistematik kerana tidak dapat membendung masalah pemerdagangan manusia yang berleluasa. Ini menyebabkan imej negara di mata dunia jatuh. Tidak mustahil perkara ini menjadi penyebab kepada kejatuhan sosioekonomi negara pada masa hadapan.
                  Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak  negatif terhadap masyarakat. Masalah pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan meninggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin renggang.

            Selain itu, wabak penyakit turut merebak ke dalam negara. Pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi memudahkan wabak penyakit menular di Malaysia. Wabak penyakit seperti HIV, AIDS, H1N1, tibi dan sebagainya mudah merebak sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia tidak dikawal oleh pihak berwajib. Penyakit berjangkit ini bukan sahaja mudah merebak malah boleh membawa maut kepada masyarakat. Jadi, aktiviti pemerdagangan manusia ini perlu dibendung agar masyarakat tidak berasa bimbang akan penyakit berbahaya di sekeliling mereka.

2.4   Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Pemerdagangan Manusia

              Penguatkuasaan undang-undang harus diperketatkan oleh kerajaanuntuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia. Pihak Polis Diraja Malaysia, Kastam, Imigresan dan Maritim Malaysia (APMM) telah beusaha kuat mengembleng tenaga untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia ini. Mahkamah khas dan mahkamah malam diwujudkan bagi mempercepatkan proses pertuduhan serta bicara kes yang berkaitan dengannya. Oleh itu, mangsa-mangsa yang terlibat tidak terlalu menderita dengan gangguan emosi dan fizikal yang telah dialami mangsa sebelum ini. Hal ini turut membantu mengurangkan masalah isu tersebut.
 
         Seterusnya, memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan kawalan kemasukan pelancong asing akan membantu mengurangkan serta menutup peluang aktiviti pemerdagangan manusia berlaku. Kawalan ini boleh diadakan dengan  menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.
              
                  Kewujudan Pelan Tindakan Nasional (NAP) di bawah Majlis Anti Perdagangan Orang (MAPO) serba sedikit telah dapat mengurangkan aktiviti ini. Sejak 2 tahun yang lalu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melatih lebih 3000 orang pegawai yang merangkumi bidang penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman untuk menangani isu ini. Kerajaan telah berusaha keras untuk membanteras jenayah ini dengan turut bekerjasama dengan International Organization of Imigrant (IOI), Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Amnesty International Malaysia. Malaysia juga berkongsi kepakaran yang melibatkan penyeludupan manusia dengan Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Belanda.

                  Selain itu, kempen harus diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan profesionaslisme jentera kerajaan dalam penguatkuasaan Akta Pemerdagangan Orang 2007. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang mengambil kesempatan terhadap isu sosial ini dengan menjadi orang tengah dan menerima rasuah.

2.5   Komen Saya Terhadap Isu Pemerdagangan Manusia

             Jenayah pemerdagangan orang ini masih baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, tanpa kita sedari kita telah terjerumus dalam kancah hina dengan menjadi mangsa kepada sindiket haram ini. Pengetahuan mengenai jenayah ini mestilah diperluaskan kepada golongan majikan serta orang ramai. Kerjasama antara orang ramai dengan kerajaan amat diperlukan untuk menangani jenayah ini supaya masa depan mangsa dan juga imej negara akan terjaga.



3.0  Penderaan Kanak-kanak
3.1   Pengenalan Isu Penderaan Kanak-kanak

            Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukankepada golongan kanak-kanak iaitu mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah penderaan fizikal kanak-kanak., penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak. Penderaan fizikal kanak-kanak merupakan sesuatu penderaan  yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkanbagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

         Bagi penderaan mental kanak-kanak pula terdapat lima kategori tingkah laku buruk ibu bapa yang dikelaskan sebagai penderaan emosi iaitu kategori atau aspek penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan inidianggap sebagai penderaan emosi.
        
         Manakala penderaan seksual kanak-kanak merupakan penderaan apabila seorang kanak-kanak dieksploi-tasi untuk kepuasan seksual oleh seorang dewasa atauseseorang yang umurnya lebih tua daripada mangsa. Jika seseorang kanak-kanak itutelah disetubuhi oleh seorang ahli keluarganya, ia dikenali sebagai sumbang mahram.

3.2   Punca-punca Isu Penderaan Kanak-kanak

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada cara menyelesainya. Oleh hal demikian, pendidikan agama sangat penting dalam mengurangkan kes penderaan kanak-kanak berlaku.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Hal ini turut menunjukkan salah satu faktor bagi kes tersebut.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

            3.3  Kesan-kesan Isu Penderaan Kanak-kanak Berlaku

             Terdapat pelbagai kesan-kesan yang akan berlaku akibat kes-kes penderaan. Kesan-kesan ini terbahagi kepada dua iaitu kesan terhadap masyarakat yang terdiri daripada pendera dan mangsa penderaan dan kesan terhadap negara kita.
             Jika dilihat daripada kesan terhadap pendera, pendera berkemungkinan akan bertindak dengan lebih agresif dari semasa ke semasa. Hal ini kerana tindakannya dalam kes-kes penderaan yang dilakukannya terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang buruk ke atas dirinya. Jadi, tidak mustahil pendera akan menjadi jauh lebih agresif dan tidak lagi mengenal mangsanya. Pendera juga berkemungkinan merasa tekanan emosinya hanya dapat dilepaskan dengan melakukan keganasan ke atas individu lain, oleh itu menyebabkan dirinya lebih cenderung untuk melakukan penderaan berulang-ulang kali.  Selain itu, hal ini juga mengakibatkan pendera lebih cenderung untuk melakukan kes-kes penderaan yang lebih agresif dan melibatkan lebih ramai mangsa, dan merebak ke dalam masyarakat.
           Penderaan kanak-kanak boleh meninggalkan kecederaan pada anggota fizikal mereka. Luka di muka dan badan meninggalkan kesan penampilan yang tidak baik kepada mereka. Prestasi pelajaran kanak-kanak mungkin akan menurun. Mereka akan berasa malu ke sekolah dan kurang berhubung dengan rakan sebaya. Oleh itu, sebahagian mangsa sanggup ponteng sekolah. Penderaan kanak-kanak menyebabkan gangguan emosi dan mental kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri dan menjadi lebih pasif. Penderaan memberi trauma kepada mereka dan mereka akan berasa diri tidak disayangi. Kanak-kanak akan menerima tekanan emosi yang mendalam dan mempengaruhi kehidupan harian kerana hilang kepercayaan atas diri sendiri. Sebagai contoh, mangsa akan menjadi penakut untuk menghadapi masyarakat kerana trauma  penderaan ke atasnya. Mangsa penderaan lebih cenderung bertindak dengan lebih agresif dan mengakibatkan mereka melakukan penderaan terhadap orang lain, termasuklah anak kelak mereka sebagaimana yang diperlakukan ke atas dirinya.

3.4   Langkah-langkah Untuk Mengatasi Isu Penderaan Kanak-kanak 

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.
                                                                                  
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.          
         
           Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap menjaga orang lain untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung aktiviti penderaan kanak-kanak tersebut daripada berlaku dalam kalangan masyarakat pada zaman moden ini. Masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras aktiviti penderaan kanak-kanak daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat.
3.5   Komen Saya Terhadap Isu Penderaan Kanak-kanak


  Penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, kanak-kanak merupakan orang yang akan memberi sumbangan yang banyak kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah kanak-kanak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Oleh hal demikian, semua pihak harus bekerjasama untuk mencari jalan bagi mengurangkan serta menghapuskan kes penderaan kanak-kanak di negara kita.


Sumber Daripada Internet
Fadli Ismail . (12 September 2013) . Kesan-kesan dan langkah-langkah Pemerdagangan Manusia. Dimuat turun dari http://stpm-study.blogspot.my/2013/09/isi-kesan-pemerdagangan-manusia-dan.html pada 4.9.2015.
Fadli Ismail.( 26 Ogos 2014). Punca-punca Pemerdagangan Manusia. Dimuat turun dari http://stpm-study.blogspot.my/2014/08/punca-punca-berlakunya-pemerdagangan.html
Helmi. (08 Sep 2004). Penderaan Kanak-Kanak. Dimuat turun dari http://pts.com.my/berita/penderaan-kanak-kanak-konsep-dan-teori pada 23.8.2015.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (9.9.1999). Pemerdagangan Manusia. Dimuat turun dari http://www.suhakam.org.my/ms/human-trafficking/ pada 25.8.2015.

Pemerdagangan Manusia dan Penderaan Kanak (Kerja kursus Lau Zheng Hao)



1.0 Pengenalan
            Zaman berubah bagaikan musim berubah. Dari zaman falsafah ke zaman Renaisans. Akhirnya kita telah sampai ke zaman sains dan teknologi. Dalam zaman ini, masalah-masalah sosial sering menghiasi dada akhbar dan meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seluruh dunia. Antara masalah sosial yang paling kronik dan menjadi khuatiran orang ramai termasuklah pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak.
          
               Di Malaysia telah banyak berlaku isu pemerdagangan manusia. Sebagai contoh pada 18 Mei lalu di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia. Operasi itu dilancar selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla, pada awal bulan Mei. Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia. Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia telah banyak menjadi tumpuan bagi pemerdagangan manusia. Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.
            Selain itu, penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin meleluasa. Berita kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 orang kanak-kanak di Malaysia telah menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak telah menjadi salah satu masalah global yang gempar. Jika masalah penderaan tidak dicegah dengan segera, ia akan memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Di samping itu, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka juga akan dijejaskan.

2.0 Pemerdagangan Manusia

2.1 Pengenalan terhadap Pemerdagangan Manusia

            Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa 
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.
Memandangkan Malaysia merupakan destinasi popular di kalangan pekerja asing atas sebab ekonomi atau sebagai negara transit, kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh. Aduan berkaitan isu pemerdagangan orang sentiasa dilaporkan kepada SUHAKAM selama ini. .

2.2 Punca-punca berlakunya Pemerdagangan Manusia

            Antara punca pemerdagangan manusia termasuklah pemerdagangan haram ini dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun risikonya tinggi. Hal ini demikian kerana golongan miskin ini sanggup berhijrah secara haram dan dijanjikan pekerjaan sanggup membayar upah yang tinggi kepada sindiket. Bukan itu sahaja, sindiket juga dapat keuntungan melalui upah yang diberi oleh pelanggan.
            Tarikan pekerjaan dan pendapatan lumayan di negara asing dalam pelbagai sektor juga merupakan sebabnya berlaku pemerdagangan mausia. Antara sektor haram yang menjadi tarikan di negara luar termasuklah pelacuran. Sementelahan  golongan yang tertindas juga terpaksa untuk diperdagangkan ke luar negara untuk melarikan undang-undang negara sendiri.
            Selain itu, kelemahan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang di sempadan negara juga telah memudahkan berlakunya pemerdagangan manusia. Kajian telah menunjukkan bahawa kawasan- kawasan khasnya kawasan yang mempunyai sempadan dan pesisir pantai yang panjang dan terpencil sering menjadi laluan untuk pemerdagangan manusia atas kawalan yang buruk dan lemah. Kelicikan majikan pemerdagangan manusia dan kepelbagaian mekanisma penyeludupan yang digunakan juga merupakan sebab berlakunya pemerdagangan manusia. Sesetengah majikan yang sanggup merasuah pegawai kerajaan juga telah banyak mendorong kes ini berlaku.
Di samping itu punca pemerdagangan manusia lain juga disebabkan oleh amalan manusia yang diperdagangkan itu sendiri. Mereka yang kekurangan didikan agama dan moral ini sanggup menghina badan sendiri hanya untuk mendapatkan wang. Tegasnya, mereka yang bersikap materialistik ini telah banyak mendorong berlakunya kes-kes pemerdagangan manusia.
            Bukan itu sahaja, faktor alam semulajadi juga mempengaruhi kerana Malaysia tidak mengalami bencana alam seperti di Indonesia, keadaan negara aman dan selamat. Kedudukan yang strategik dan persempadanan antara Indonesia dan Malaysia membuatkan mangsa tertarik untuk bekerja di Malaysa. Ini kerana memudahkan mereka untuk pulang ke kampung halaman dan masa yang diambil tidak terlalu lama. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada masalah ini iaitu kawalan persempadanan yang longgar serta tambang penerbangan yang murah.
            Kecanggihan teknologi juga turut  menjadi medium utama punca berkembangnya jenayah ini. Melaluinya pelanggan hanya perlu memilih dan melanggan melalui laman web yang dibina dan ini amat menggalakkan ekorang permintaan yang tinggi dan mudahkan mereka untuk melanggan.
            Akhir sekali, globablisasi merupakan faktor yang sangat-sangat mempengaruhi aktiviti pemerdagangan orang, di mana dunia rentas sempadan ini sukar untuk mengawal aktiviti jenayah terancang rentas sempadan. Ianya berlaku dengan pantas selari dengan arus globalisasi dan sukar dikesan aktivitinya.

2.3 Kesan-kesan Pemerdagangan Manusia kepada Masyarakat dan Negara

            Kesan pemerdagangan manusia primer kepada negara termasuklah mencemarkan imej negara di mata dunia. Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia akan mencemarkan imej negara di mata dunia. Hal ini demikian kerana pemerdagangan manusia yang berlaku dalam sesebuah negara telah menunjukkan sesebuah negara itu lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Dengan itu, negara itu pasti akan dianggap sebagai sarang jenayah dalam tanggapan orang lain.
            Pemerdagangan manusia juga mengancam keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuklah pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut. Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan. Bukan itu sahaja, pemerdagangan manusia juga akan menyebabkan berlakunya penularan penyakit yang berbahaya dan menjejaskan kesihatan rakyat tempatan secara langsung. Sebagai contoh, penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin dan hepatitis akan banyak kembali menular dalam kalangan masyarakat.
            Selain itu, pemerdagangan manusia juga telah menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Hal ini demikian kerana penyeludupan dan pemerdagangan manusia telah melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.
            Di samping itu, pemerdagangan manusia juga menyebabkan masalah sosial bertambah merebak dalam kalangan masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

2.4 Langkah-langkah mengatasi Pemerdagangan Manusia 

            Kerajaan Malaysia amat memandang serius untuk membanteras jenayah ini dan telah menubuhkan Akta Anti Pemerdagangan Orang (AKTA 670) pada tahun 2007 bagi melindungi mangsa dan mengheret si keji yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini ke muka pengadilan. Parlimen Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Akta Anti Pemerdagangan Orang (AKTA 670) ini telah berkuatkusa pada 24 April 2007 dan mengikut seksyen di bawah akta ini pesalah akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun serta boleh dikenakan denda bagi kesalahan memperdagangkan orang bukan kanak-kanak bagi maksud eksplotaisi.
            Kementerian berkenaan harus memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia, Bukan itu sahaja, kementerian berkenaan patut mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu. Penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret telah mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit. Sebagai contoh, mereka telah menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.
            Selain itu, kerjasama antara negara jiran sewajarnya dijalinkan. Malaysia dan Australia baru-baru ini telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan. Oleh itu, negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara juga amat penting. Sebagai contoh, pasukan keselamatan Malaysia boleh menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif dengan negara-negara jiran. Mereka boleh berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal dan berusaha mengenal pasti ‘lubang-lubang tikus’.
            Selain daripada bekerjasama dengan negara jiran, pihak kerajaan juga harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguatkuasa setiap negara. Badan-badan penguatkuasa atau jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam termasuklah imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara dan mestilah dibanteras hingga ke akar umbi bagi mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang kronik ini.

2.5 Komen Penutup

            Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.
            Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman untuk membendung jenayah ini, tetapi kelemahan di negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik rakyatnya telah menyebabkan rakyatnya mudah diperdaya serta didorong oleh masalah dalaman dalam negara tersebut yang telah menjadi faktor penolak untuk rakyatnya mencari alternatif lain demi sesuap nasi sehinggakan mereka yang tidak bersalah ini menjadi mangsa kepada si keji yang sanggup malakukan jenayah ini demi kepentingan diri sendiri sehinggakan sanggup melakukan perkara-perkara yang berada di luar nilai kemanusiaan.
            Justeru,kerjasama daripada semua masyarakat dunia merupakan jalan penyelesaian paling efektif yang patut dipraktikkan. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja beban ini dipikul oleh pihak berkuasa. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi mereka yang lemah menjadi mangsa kepada jenayah pemerdagangan orang.

3.0 Penderaan Kanak-Kanak

3.1 Pengenalan terhadap Penderaan Kanak-kanak

            Penderaan kanak-kanak dibahagikan kepada penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional dan pengabaian kanak-kanak.
            Penderaan fizikal dianggap sebagai suatu fenomena sosial yang ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa saja yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Penderaan fizikal termasuklah menggunakan alat atau pelbagai cara untuk mendera selain memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya.
            Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur.
            Penderaan emosi kanak-kanak merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat terhadap kanak-kanak. Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak.
            Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen, 1990:28). Salah satu contoh adalah kanak-kanak dipaksa bekerja, kanak-kanak tidak disediakan dengan makanan yang secukupnya serta kanak-kanak tidak diberi pakaian, rawatan kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan berasa tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaan takut apabila berhadapan dengan orang lain dan mereka akan berkelakuan ganjil.

3.2 Punca-punca Penderaan Kanak-kanak berlaku

            Punca berlakunya penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kebelakangan sesebuah keluarga. Contohnya, pihak yang biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. Selain itu, sesetengah ibu bapa juga akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Apabila sampai di rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekan perasaan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan harga minyak belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. Apabila tertekan, ibu bapa pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan anak-anak itu didera.
            Bukan itu sahaja, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya penderaan kanak-kanak. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Keadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri apabila mendera anak-anak mereka.
            Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tidak ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri.
            Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai negara yang berdemokrasi parlimen dan mempunyai undang-undang, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya sejajar dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Ibu bapa atau penjaga yang mendera kanak-kanak sepatutnya diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa anak-anak bukanlah boneka yang tidak bernyawa dan boleh diperlakukan seperti boneka yang tidak bernyawa. Apabila sudah menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan, nyawa anak sudahpun menghilang dan tidak dapat dikembalikan.   




3.3 Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak terhadap Masyarakat dan Negara

            Apabila masalah berlaku kepada kanak-kanak, maka pembangunan emosi kanak-kanak akan terbantut. Makna terbantut dalam konsep ini adalah kanak-kanak tidak mampu untuk mewujudkan rasa empati dan simpati dalam diri mereka kerana. Hal ini sekaligus menyebabkan timbulnya rasa dendam dalam diri mereka. Semua disebabkan masalah untuk mewujudkan rasa empati dan simpati.
            Kesan penderaan kanak-kanak juga menyebabkan pendera berkemungkinan akan bertindak dengan lebih agresif dari semasa ke semasa. Hal ini kerana tindakannya dalam kes-kes penderaan yang dilakukannya terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang buruk ke atas dirinya. Jadi, tidak mustahil pendera akan menjadi jauh lebih agresif dan tidak lagi mengenal mangsanya. Pendera juga berkemungkinan merasa tekanan emosinya hanya dapat dilepaskan dengan melakukan keganasan ke atas individu lain, oleh itu menyebabkan dirinya lebih cenderung untuk melakukan penderaan berulang-ulang kali.  Selain itu, ini juga mengakibatkan pendera lebih cenderung untuk melakukan kes-kes penderaan yang lebih agresif dan melibatkan lebih ramai mangsa, dan merebak ke dalam masyarakat.
            Kes penderaan kanak-kanak juga mewujukan masalah interaksi dalam kalangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang didera akan berasa takut dan terasing. Rasa takut ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk merahsiakan masalah mereka kepada orang lain kerana rasa takut dengan ugutan yang dilakukan oleh pendera. Masalah ini mewujudkan masalah interaksi untuk menyelesaikan masalah mereka.
            Selain itu, penderaan kanak-kanak juga menjatuhkan maruah negara. Orang lain akan berasa negara tersebut tidak mementingkan hak kanak-kanak dan tidak berupaya mengawal masalah dalam negara. Sementelahan, emosi kanak-kanak juga akan terjejas dan hal ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Dengan itu, pastilah pembangunan sesebuah negara akan terjejas secara langsung disebabkan kekurangan kanak-kanak yang dikatakan merupakan bakal pucuk pimpinan negara yang sihat dari segi fizikal dan mental.

3.4 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-kanak

            Salah satu daripada cara untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia”  dan juga pendidikan keibubapaan bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengidam-idamkan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini dan pendidikan ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
            Selain itu, masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Sementelahan, ibu bapa juga sewajarnya menitikberatkan didikan agama. Ibu bapa harus sedar bahawa agama melarang keras ibu bapa menganiayai anak-anak. Perbuatan yang terkutuk ini akan mendapat balasan di akhirat kelak.
            Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani mendera kanak-kanak secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu.
            Selain itu, penderaan terhadap kanak-kanak boleh dibendung melalui menguatkuasakan undang-undang. Mereka yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman dirotan atau dipenjara. Hanya hukuman seperti ini yang dapat menyedarkan ibu bapa tentang kesalahan mereka. Di samping itu, hukuman seperti ini juga memberi pengajaran kepada pasangan yang lain supaya tidak mendera anak-anak mereka. Bagi memastikan undang-undang ini berkesan, setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama dan melaporkan kes-kes deraan kepada pihak yang berwajib, iaitu pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3.5 Komen Penutup

            Secara keseluruhannya, penderaan kanak-kanak perlu diutamakan bagi memastikan setiap kanak-kanak yang didera dapat diselamatkan dan mengurangkan masalah seperti ini daripada berlaku. Melihat kehendak negara pada hari ini yang memerlukan pemimpina masa hadapan yang berkualiti maka, nasib kanak-kanak dan remaja perlu untuk dibela sekaligus memastikan mereka dapat membesar dengan baik dan sempurna.
            Oleh itu, masyarakat perlu benar-benar kenal erti sebenar penderaan bagi memastikan kita dapat mewujudkan rasa simpati sekaligus dapat bersama-sama melindungi hak kanak-kanak daripada terus dicabul oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan. Maka jelaslah bahawa kita perlu memandang serius masalah ini agar kita dapat sama-sama membendung, mengelakkan, mengurangkan sekaligus memastikan isu ini dapat diselesaikan secara keseluruhannya tanpa sebarang kompromi. Perbuatan penderaan kanak-kanak seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting Negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Oleh yang demikian, sayangilah anak- anak dan jauhilah kes penderaan kanak- kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

5.0 Penutup

            Kes pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan zalim yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian tidak menghormati hak manusia dan telah mencemarkan anggota badan seseorang yang dikurniakan oleh Tuhan. Ingatlah, kita merupakan amanah Tuhan yang sangat suci dan bersih.
            Sudah terang lagi bersuluh bahawa kedu-dua kes ini iaitu pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak telah banyak berlaku di negara kita yakni Malaysia. Keadaan ini telah banyak menjejaskan imej negara di persada dunia dan hal ini telah meruntuhkan perkembangan ekonomi di negara kita. Oleh itu, isu pemerdagangan manusia dan penderaan kanak-kanak haruslah diatasi bukan sahaja melalui satu pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Masalah ini perlu dibendung segera agar tidak terus menular menjadi semakin serius.
            Marilah kita bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah-masalah ini supaya negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara atas angin. Dengan itu, pastilah Wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita dapat dicapai dan tidak akan menjadi omongan kosong dan ‘angan-angan Mat Jenin’ sahaja!

Rujukan
Sumber dari Buku
Corby, B. (1993). Child abuse : towards a base knowledge. Buckingham: Open University             Press.
Lydon, J. (2005). Research on physical of abused people. Dalam J. Lydon, How child were           abuse (hlm. 17). Wales: University Of South Wales UK Publication.
Piaget, J.. (2000). Children abuse. USA: MgGraww Hill.

Sumber dari Internet
Bernama (4.6.2015). Sindiket Pemerdagangan Rohingy. Dimuat turun dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/infografik-sindiket-pemerdagangan-rohingya-61620 pada 1.9.2015
Hidayah Mohammad, (25.9.2013), Sindiket Jual Organ dan Pemerdagangan Manusia di dunia, dari http://news.upickreviews.com pada 2.9.2015.
Helmi. (08 Sep 2004). Penderaan Kanak-Kanak. Dimuat turun dari http://pts.com.my/berita/penderaan-kanak-kanak-konsep-dan-teori pada 26.8.2015.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (9.9.1999). Pemerdagangan Manusia. Dimuat turun dari http://www.suhakam.org.my/ms/human-trafficking/ pada 1.9.2015.

 

Sumber dari Akhbar
MD AZRIN ROSLY. (17.8.2015). Kes dera kanak-kanak membimbangkan. UTUSAN,7.