Wikipedia

Search results

Friday, 11 September 2015

Kuliah 3

Konsep Kesantunan

Santun

Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud
halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan

Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:-
i.halus,
ii.nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam proses berkomunikasi.
  • Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
  • Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. 
  • Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan  disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga  menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
  • Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i.kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
  • Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya 
ii.kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
  • Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlakudalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
  • Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu.
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
  • Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
  • Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar 
 v. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a)cara berpakaian (berbusana),
b)cara bekerja
c)cara bertutur
d)cara makan
e)cara belajar
f)cara berpolitik dll
 

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a)kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

  • Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
  • Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
  • Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
  • Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
  • Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
  • kesantunan asas
  • kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
  • Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
  • Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
  • Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
  • Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
  • Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu 

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

  • bahasa mesti halus
  • beradab sopan
  • perlakuan lemah-lembut
  • berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan

kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan
oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.


  • Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
  • Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
  • Biasanya mengamalkan budaya yang sama
  • Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman  
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-
hadis:-

a)“Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka
hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b)“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh
dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap
dan sombong dalam berbicara. 
c) “Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela,
melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia
berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi
amanah ia khianat.”
e) “Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah
kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-
kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-
hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang
akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:

a)Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
b)Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras.
c)Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah
tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya.  

VI. Menurut Aristotle

a)Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya.
b)Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.
 

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan,

 semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat



No comments:

Post a Comment