Wikipedia

Search results

Friday, 11 September 2015

Kuliah 1

Pengertian dan Konsep

  • Budi
  • Bahasa
  • Budi Bahasa
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa,
 
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.
Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.

PENGERTIAN BUDI


Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik

  • Tabiat/ akhlak/ watak
  • Fikiran
  • Perbuatan baik
  • Daya upaya baik
  • Pertimbangan akal yang baik .

  • Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek.
  • Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
  • . Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji
  • Bagi masyarakat Melayu amnya,perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
  • Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
  • Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkat ALLah SWT.
  • Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran

 PENGERTIAN BAHASA

Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah
(1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2)
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-
santun.
  •  Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang  dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain 
  • Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , tatabahasa atau sintaksis yang  dikatakan bersistem
  • tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan ,  frasa, klausa dan ayat 
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996: 87)menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
Fungsi bahasa:
  • Penghubung–interaksi jelas,luas,tanpa sempadan
  • Pernyataan perasaan–ekspresi dan luahan
  • Pernyataan fikiran–neurologi 

PENGERTIAN BUDI BAHASA

  • Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti ,akhlak, watak dan kelakuan yang baik,sopan,pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni
  • Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu ,malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik
Tujuan:
  • Mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman ,harmoni ,kerjasama ,hormat-menghormati ,kasih sayang, dan kesejahteraan
  • Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik,perbuatan baik dan kebajikan
    • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan  kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
    • Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.
    • Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialahorang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.
     
.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.
 
  • Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa.
  • Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman. 
  • Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
  • Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.  
  •  Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama,namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.  
Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment