Wikipedia

Search results

Friday, 11 September 2015

Kuliah 8

Kuliah 8--PERATURAN BERBAHASA 


 Aspek Linguistik 
o Sebutan
o Intonasi
o tatabahasa
Aspek Sosiolinguistik
o Jarak Sosial
o Giliran Bercakap
o Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
o Konteks Percakapan
Aspek Pragmatik 
oPemilihan Kata
oTujuan/Matlamat

Peraturan Berbahasa
 Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan                 peraturanperaturan yang tertentu.
 Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan         santun bahasa.
 Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i.         Peraturan linguistik
ii.        Peraturan sosiolinguistik
iii.       Peraturan pragmatik

1. Peraturan linguistik 
 Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan                     ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
 Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan       tatabahasa.
 Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang     berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
 Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur

Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.
 Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah                   dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll
 Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap             seseorang
 Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua  Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat
 Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan         baik serta santun

Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak

2. Peraturan sosiolinguistik 
 Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).
Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
 Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
 Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
 Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’ , Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
 Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.
Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
 Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
 Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.
 Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial

Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
 Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita
 Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan bahasa yang digunakan.
 Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa
 Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua
 Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh

Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan
 Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.
 Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap
 Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang tua telah           habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan     pendapat.”
 Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu         bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.

Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa
 Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”
 Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara
 Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi
 Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi

Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
 o Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun. 
o Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun. 
o Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai memasak.  

3. Peraturan pragmatik 
 Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan
 Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
 Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
 Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
 Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.
 Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll

 Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
 Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
 Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk

No comments:

Post a Comment