Wikipedia

Search results

Wednesday, 9 September 2015

Kuliah 7

Kualiah 7--BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 
Kesantunan Lisan 
• Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
• Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat    serta-merta
• Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
• Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
• Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.

Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah: 
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan 
b. Suara dan intonasi yang sopan 
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai 
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai 
g. Isi perbincangan yang tidak sensitif

Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri

•Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:
a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato, forum dll
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri     dll
• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi            penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku

Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian        penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. 
• Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik ’ atau `saudari’,          `encik ’ dan `saudara ’. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau        `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik ’ dan `puan ’ lebih    wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal. 
• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis        atau urusan yang berkenaan.
 • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat              tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.

• Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa          rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik       daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
• Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi              sistem bahasa.
• Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
• Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut    sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.

 Kesantunan Penulisan 
• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang
• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
g. dll

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dll.
• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:- 
a. Penggunaan kata panggilan yang betul 
b. Kata sapaan yang betul 
c. Gaya bahasa yang tepat 
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
e. Isi yang tidak sensitif


No comments:

Post a Comment