Wikipedia

Search results

Thursday, 10 September 2015

Kuliah 2

 Konsep Budi Bahasa 

 Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
 Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
 Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia.
 Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.


Ciri-Ciri Budi Bahasa

  Menurut Mustafa Hj Daud ,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
 - ikhlas
- jujur
 - benar
- merendah diri
 - pemurah
- suka menolong
- berjasa
- berbakti

Lima ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
o pemaaf
o bersifat sabar
o bersikap positif (optimis, semangat dan minat, kepercayaan, integriti, keberanian)
o memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
o bersopan santun/ tertib
Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati
seperti kata Raja Ali Haji:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
- Gurindam Fasal yang Keempat
  • Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah
laku. Za'ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:
-bersalam
-menunjukkan muka yang manis
-cara duduk yang tertib
-melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
-membongkokkan badan ketika melintas
-menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu

Budi bahasa dalam Masyarakat Malaysia:

1. Masyarakat Melayu
  • berpegang kuat pada adat resam dan agama
  • memberi salam apabila bersua 
  • tidak menyampuk semasa orang tua bercakap 
  • membongkokkan badan semasa melalui di depan orang dewasa
 2. Masyarakat Cina
  •  menurunkan suara apabila berkomunikasi dengan orang dewasa
  •  Tunduk ketika memberi salam.
  •  Orang tua makan dahulu 
  •  Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu barulah makan
  •  Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
  •  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
3. Masyarakat India
  • Duduk bersila semasa makan. 
  • Tidak membazirkan makanan. 
  • Senyap semasa bersembahyang. 
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil 
  • Mematuhi adat dan resam 
  • Salam orang yan lebih tua

No comments:

Post a Comment