Wikipedia

Search results

Friday, 11 September 2015

Kuliah 1

Pengertian dan Konsep

  • Budi
  • Bahasa
  • Budi Bahasa
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa,
 
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.
Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.

PENGERTIAN BUDI


Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik

  • Tabiat/ akhlak/ watak
  • Fikiran
  • Perbuatan baik
  • Daya upaya baik
  • Pertimbangan akal yang baik .

  • Kamus Dewan (2002: 488) mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek.
  • Menurut Kamus Dewan (2002: 180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya
  • . Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji
  • Bagi masyarakat Melayu amnya,perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
  • Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
  • Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkat ALLah SWT.
  • Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran

 PENGERTIAN BAHASA

Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah
(1) sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan (2)
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-
santun.
  •  Bahasa ialah semua bunyi bahasa yang  dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain 
  • Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , tatabahasa atau sintaksis yang  dikatakan bersistem
  • tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan ,  frasa, klausa dan ayat 
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996: 87)menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
Fungsi bahasa:
  • Penghubung–interaksi jelas,luas,tanpa sempadan
  • Pernyataan perasaan–ekspresi dan luahan
  • Pernyataan fikiran–neurologi 

PENGERTIAN BUDI BAHASA

  • Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti ,akhlak, watak dan kelakuan yang baik,sopan,pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni
  • Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu ,malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik
Tujuan:
  • Mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman ,harmoni ,kerjasama ,hormat-menghormati ,kasih sayang, dan kesejahteraan
  • Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik,perbuatan baik dan kebajikan
    • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan  kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
    • Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa.
    • Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialahorang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.
     
.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.
 
  • Kedua-dua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa.
  • Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman. 
  • Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
  • Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.  
  •  Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama agama.Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama,namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.  
Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
 
 

 

 

Kuliah 5

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Konsep Budaya 
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal)
 secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia
Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia
Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat
Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dll)
Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

Konsep Kesantunan
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial
Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat perbezaan Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini
Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B
Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yg ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)



Kesantunan Merantas Budaya
Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai
Pemahaman tentang apa yg dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi
Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya = KOMUNIKASI SILANG BUDAYA Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan diihayati Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza.
Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang
Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.
Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu
Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan
Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik
Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia
Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia
Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina dll Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu
Berpegang kuat pada adat resam dan agama
Memberi salam apabila bersua
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
Kata sapan.
Kata gelaran.
Panggilan.
Bersalam.
Bertanya khabar.
Melayan tetamu.
Menghormati orang tua.
dll

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina 
Tunduk ketika memberi salam.
Orang tua makan dahulu
Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
Duduk bersila semasa makan.
Tidak membazirkan makanan.
Senyap semasa bersembahyang.
Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Mematuhi adat dan resam
Salam orang yang lebih tua.

Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan
 Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum
Jadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian -Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
ii. Kesantunan tingkah laku
 gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya
Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik
iii. Kesantunan berkomunikasi
 Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira normanorma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
 Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
 Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

Kuliah 6


BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 
•Kesantunan Verbal
•Kesantunan Bukan Verbal

Kesantunan Verbal 
•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
"Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.

 Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan  sintaksis digunakan
 • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
 • Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
 • Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
 • Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat


Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

 3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
 •Lihat contoh berikut:
Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya . Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
 i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak                Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
   b. Gabungan nama kekeluargaan asas
       (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada                  Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak            Cik.
ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
    • Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.      
        (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
       Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu           dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan                           sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki            bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri            seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan            yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih          muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli    dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
 Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan               gelaran saudara.
 Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir         syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

10. Gelaran Kurniaan
 Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Kesantunan Non Verbal
 Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan
 Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.  Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii. Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain      menggunakan pesan nonverbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
i. Gerakan Anggota Badan
• Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang           seperti;
· Isyarat gerakan tangan
· Isyarat air muka
· Bahasa tubuh
ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
· Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
· Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
· Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
· Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
· Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
· Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
· Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
· Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka

• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. •Contohnya:
· Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
· Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang
· Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
· Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.


Kuliah 3

Konsep Kesantunan

Santun

Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud
halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan

Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:-
i.halus,
ii.nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam proses berkomunikasi.
  • Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
  • Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. 
  • Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan  disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga  menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
  • Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i.kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
  • Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya 
ii.kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
  • Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlakudalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
  • Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu.
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
  • Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
  • Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar 
 v. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a)cara berpakaian (berbusana),
b)cara bekerja
c)cara bertutur
d)cara makan
e)cara belajar
f)cara berpolitik dll
 

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a)kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

  • Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
  • Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
  • Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
  • Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
  • Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
  • kesantunan asas
  • kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
  • Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
  • Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
  • Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
  • Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
  • Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu 

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

  • bahasa mesti halus
  • beradab sopan
  • perlakuan lemah-lembut
  • berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan

kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan
oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.


  • Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
  • Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
  • Biasanya mengamalkan budaya yang sama
  • Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman  
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-
hadis:-

a)“Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka
hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b)“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh
dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap
dan sombong dalam berbicara. 
c) “Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela,
melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia
berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi
amanah ia khianat.”
e) “Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah
kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-
kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-
hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang
akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:

a)Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
b)Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras.
c)Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah
tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya.  

VI. Menurut Aristotle

a)Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya.
b)Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.
 

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan,

 semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat



Kuliah 8

Kuliah 8--PERATURAN BERBAHASA 


 Aspek Linguistik 
o Sebutan
o Intonasi
o tatabahasa
Aspek Sosiolinguistik
o Jarak Sosial
o Giliran Bercakap
o Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
o Konteks Percakapan
Aspek Pragmatik 
oPemilihan Kata
oTujuan/Matlamat

Peraturan Berbahasa
 Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan                 peraturanperaturan yang tertentu.
 Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan         santun bahasa.
 Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i.         Peraturan linguistik
ii.        Peraturan sosiolinguistik
iii.       Peraturan pragmatik

1. Peraturan linguistik 
 Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan                     ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
 Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan       tatabahasa.
 Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang     berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
 Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur

Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.
 Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah                   dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll
 Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap             seseorang
 Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua  Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat
 Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan         baik serta santun

Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak

2. Peraturan sosiolinguistik 
 Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).
Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
 Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
 Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
 Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’ , Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
 Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.
Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
 Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
 Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.
 Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial

Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
 Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita
 Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan bahasa yang digunakan.
 Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa
 Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua
 Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh

Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan
 Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.
 Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap
 Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang tua telah           habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan     pendapat.”
 Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu         bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.

Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa
 Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”
 Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara
 Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi
 Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi

Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
 o Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun. 
o Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun. 
o Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai memasak.  

3. Peraturan pragmatik 
 Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan
 Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
 Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
 Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
 Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.
 Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll

 Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
 Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
 Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk

Thursday, 10 September 2015

Kuliah 2

 Konsep Budi Bahasa 

 Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
 Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
 Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia.
 Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.


Ciri-Ciri Budi Bahasa

  Menurut Mustafa Hj Daud ,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
 - ikhlas
- jujur
 - benar
- merendah diri
 - pemurah
- suka menolong
- berjasa
- berbakti

Lima ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
o pemaaf
o bersifat sabar
o bersikap positif (optimis, semangat dan minat, kepercayaan, integriti, keberanian)
o memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
o bersopan santun/ tertib
Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati
seperti kata Raja Ali Haji:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
- Gurindam Fasal yang Keempat
  • Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah
laku. Za'ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:
-bersalam
-menunjukkan muka yang manis
-cara duduk yang tertib
-melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
-membongkokkan badan ketika melintas
-menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu

Budi bahasa dalam Masyarakat Malaysia:

1. Masyarakat Melayu
  • berpegang kuat pada adat resam dan agama
  • memberi salam apabila bersua 
  • tidak menyampuk semasa orang tua bercakap 
  • membongkokkan badan semasa melalui di depan orang dewasa
 2. Masyarakat Cina
  •  menurunkan suara apabila berkomunikasi dengan orang dewasa
  •  Tunduk ketika memberi salam.
  •  Orang tua makan dahulu 
  •  Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu barulah makan
  •  Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
  •  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
3. Masyarakat India
  • Duduk bersila semasa makan. 
  • Tidak membazirkan makanan. 
  • Senyap semasa bersembahyang. 
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil 
  • Mematuhi adat dan resam 
  • Salam orang yan lebih tua

Wednesday, 9 September 2015

Kuliah 7

Kualiah 7--BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 
Kesantunan Lisan 
• Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
• Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat    serta-merta
• Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
• Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
• Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.

Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah: 
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan 
b. Suara dan intonasi yang sopan 
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai 
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai 
g. Isi perbincangan yang tidak sensitif

Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri

•Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:
a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato, forum dll
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri     dll
• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi            penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku

Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian        penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. 
• Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik ’ atau `saudari’,          `encik ’ dan `saudara ’. Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau        `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik ’ dan `puan ’ lebih    wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal. 
• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis        atau urusan yang berkenaan.
 • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat              tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.

• Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa          rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik       daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
• Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi              sistem bahasa.
• Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
• Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut    sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.

 Kesantunan Penulisan 
• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang
• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
g. dll

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dll.
• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:- 
a. Penggunaan kata panggilan yang betul 
b. Kata sapaan yang betul 
c. Gaya bahasa yang tepat 
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
e. Isi yang tidak sensitif