Wikipedia

Search results

Monday, 31 August 2015

Tutorial 2


Amalan Budi Bahasa
Drama
Inggeris
(Kumpulan 4)



Amalan budi bahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu verbal dan non verbal.


Amalan budi bahasa secara verbal

 ´Kesantunan verbal' bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan dan bukan bertulis.
´Amalan budi bahasa secara verbal dalam drama ini ialah:
1.Bersopan santun
2.Bertimbang rasa
3.Tolong-menolong
4.Berterima kasih

Bersopan santun
            Nenek yang bersopan santun itu telah menggunakan sistem panggilan yang betul semasa memanggil lelaki tersebut, iaitu ‘Mister’.

Bertimbang Rasa
            Lelaki yang bertimbang rasa itu telah membeli kek yang dikehendaki oleh budak perempuan tersebut kepadanya kerana nenek budak tersebut tidak berkemampuan untuk membeli kek itu.

Berterima kasih dan Bermaaf
           1. Nenek tersebut meminta maaf semasa beliau tidak mahu membeli kek         yang telah diambil oleh cucunya.
           2. Budak tersebut berterima kasih kepada orang yang membeli kek      kepadanya.


Amalan Budi Bahasa Secara Nonverbal


´Amalan Budi Bahasa secara nonverbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan gerakan badan.
´Sesuatu komunikasi yang disampaikan dengan jelas tanpa menggunakan komunikasi lisan.
´Terdapat tiga amalan budi bahasa secara nonverbal dalam drama ini:
   i)   Bertoleransi
   ii)  Ramah Mesra
   iii) Merendah Diri


Sikap Bertoleransi

            
            Walaupun lelaki tersebut ingin membeli kek itu tetapi dia memberikan kek tersebut kepada budak perempuan itu .


Sikap Ramah Mesra
         
            Lelaki tersebut menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

Sikap Merendah Diri

Semasa ibu lelaki tersebut meminta nombor telefon bimbit daripada orang  yang menolong mereka, orang  tersebut tidak memberikan nombor tersebut kepada mereka. Hal ini menunjukkan dia seorang yang merendah hati




No comments:

Post a Comment