Wikipedia

Search results

Tuesday, 11 August 2015

Tutorial 1

Usaha mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia 

Peranan Kerajaan

  • KEMPEN BUDI BAHASA  
     
Contoh: PORTAL 1 KLIK
Tujuan:Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan berbudi bahasa.

  •           Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda 5 tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

  •          Kempen Budi Bahasa haruslah dijalankan secara berterusan dan bukan sekadarnya hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membuahkan hasil yang lumayan.      


Peranan Pihak Sekolah

  •      Pihak sekolah haruslah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar untuk menjadi teladan yang baik kepada anak murid. 
  •        ´Mengajar anak murid pendidikkan moral serta pendidikan agama yang mempunyai unsur-unsur amalan budi bahasa. 
  •         ´Memberi peluang kepada pelajar yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum bagi menggunakan bahasa dengan bersopan santun melalui menjalankan sesuatu aktiviti



Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa haruslah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya’.

Ibu Bapa haruslah :

Melemparkan senyuman atau menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan jiran.

Mempraktikan perkataan yang berbudi sepertitolong’ ,’terima kasih’ ,’siladanminta maaf’.

Sentiasa memberikan pujian kepada ahli keluarga.

Memberitahu kepada anak-anak tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu besuara perlahan.

Mengajar anak mengenai budi bahasa.

 PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

  •         Agama dan moral mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku.
  •          Agama dan moral dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran



Peranan Media Massa

1.MEDIA CETAK (surat khabar,majalah,risalah):

´Mencetakkan artikel-artikel yang berkaitan dengan amalan budi Bahasa.

´

2.MEDIA ELEKTRONIK (televisyen,radio)

´Menyiarkan rancangan-rancangan atau drama-drama yang menunjukkan amalan budi bahasa.

´Contoh drama: Drama Bawang Merah dan Putih

                                 Drama Kaki Kambing

 Peranan Masyarakat

  •          Memberi salam antara satu sama lain.

  •         ´Saling menolong dan membantu.
a.Dengan tolong-menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesame manusia.

b.Tolong-menolong juga dapat memupuk rasa kasih-saying antara jiran tetangga,antara kawan,dan masyarakat.



  •         Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur.



No comments:

Post a Comment