Wikipedia

Search results

Monday, 31 August 2015

Tutorial 2


Amalan Budi Bahasa
Drama
Inggeris
(Kumpulan 4)



Amalan budi bahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu verbal dan non verbal.


Amalan budi bahasa secara verbal

 ´Kesantunan verbal' bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan dan bukan bertulis.
´Amalan budi bahasa secara verbal dalam drama ini ialah:
1.Bersopan santun
2.Bertimbang rasa
3.Tolong-menolong
4.Berterima kasih

Bersopan santun
            Nenek yang bersopan santun itu telah menggunakan sistem panggilan yang betul semasa memanggil lelaki tersebut, iaitu ‘Mister’.

Bertimbang Rasa
            Lelaki yang bertimbang rasa itu telah membeli kek yang dikehendaki oleh budak perempuan tersebut kepadanya kerana nenek budak tersebut tidak berkemampuan untuk membeli kek itu.

Berterima kasih dan Bermaaf
           1. Nenek tersebut meminta maaf semasa beliau tidak mahu membeli kek         yang telah diambil oleh cucunya.
           2. Budak tersebut berterima kasih kepada orang yang membeli kek      kepadanya.


Amalan Budi Bahasa Secara Nonverbal


´Amalan Budi Bahasa secara nonverbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan gerakan badan.
´Sesuatu komunikasi yang disampaikan dengan jelas tanpa menggunakan komunikasi lisan.
´Terdapat tiga amalan budi bahasa secara nonverbal dalam drama ini:
   i)   Bertoleransi
   ii)  Ramah Mesra
   iii) Merendah Diri


Sikap Bertoleransi

            
            Walaupun lelaki tersebut ingin membeli kek itu tetapi dia memberikan kek tersebut kepada budak perempuan itu .


Sikap Ramah Mesra
         
            Lelaki tersebut menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

Sikap Merendah Diri

Semasa ibu lelaki tersebut meminta nombor telefon bimbit daripada orang  yang menolong mereka, orang  tersebut tidak memberikan nombor tersebut kepada mereka. Hal ini menunjukkan dia seorang yang merendah hati




Wednesday, 12 August 2015

Tutorial 3




HAMKA : 

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras .



Apakah ciri-ciri orang yang berhati keras??

Orang yang hatinya keras ialah orang yang sangat tercela dan dalam kesesatan yang nyata.

Orang yang berhati keras itu :
a) tidak lagi merespon larangan dan peringatan
b) tidak mahu memahami apa maksud TUHAN.
c) tidak bisa memetik pelajaran dari nasihat-   nasihat yang didengarnya,
d) tidak bisa mengambil faedah dari ayat maupun peringatan-peringatan

e) tidak tertarik meskipun diberi motivasi dan dorongan


Mâlik bin Dînâr rahimahullah pernah berkata, "Seorang hamba tidaklah dihukum dengan suatu hukuman yang lebih besar daripada hatinya yang dijadikan keras.”


Oleh itu, kalau kita berkomunikasi dengan orang yang hatinya keras, kita haruslah menggunakan kata-kata yang lemah dan beradab.





Mengapakah kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati orang yang keras??

Orang yang berhati keras sukar untuk mendengar nasihat yang diberikan kerana mereka berasa bahawa dirinya adalah betul pada setiap masa. Oleh itu, dengan menggunakan kata-kata yang lemah, mereka akan berasa pendapat mereka telah dihormati dan juga dipentingkan. Dengan perasaan itu, pastilah mereka akan memberikan ruang untuk kita berucap dan mendengar nasihat yang diberikan.


CONTOH 1

Semasa kita berlaku konflik dengan kawan kita yang berlainan kaum, janganlah kita menggunakan suara yang kuat untuk membantahnya. Sebaliknya, kita haruslah memahami isi hatinya dengan menggunakan suara yang lemah. Dengan itu pastilah konflik yang berlaku dapat diselesaikan dalam keadaan yang aman.



CONTOH 2

Sekiranya jiran yang berlainan kaum dengan kita sering membuka radio dengan bunyi yang besar , kita haruslah menasihatinya dengan kata-kata yang lemah dan beradab supaya mereka menurunkan bunyi radio tersebut. Janganlah kita menggunakan perasaan marah atau suara yang kuat semasa bertutur dengan mereka.


Kesimpulan


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras .Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati  yang lunak.



Sumber daripada Internet

al-Fawa’id, Agar Hati Tidak Membatu, muat turun pada 24.7.2015, dari
http://muslim.or.id/tazkiyatun-nufus/agar-hati-tidak-membatu.html

Gambar Hamka, muat turun pada 24.7.2015, dari https://www.google.com/search?q=Hamka&espv=2&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAYQ_AUoAWoVChMIg9XnobfwxgIVzBSUCh0-PQqL#imgrc=ryqqK-Ke0eI3fM%3A



Tuesday, 11 August 2015

Tutorial 1

Usaha mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia 

Peranan Kerajaan

  • KEMPEN BUDI BAHASA  
     
Contoh: PORTAL 1 KLIK
Tujuan:Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan berbudi bahasa.

  •           Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda 5 tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

  •          Kempen Budi Bahasa haruslah dijalankan secara berterusan dan bukan sekadarnya hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membuahkan hasil yang lumayan.      


Peranan Pihak Sekolah

  •      Pihak sekolah haruslah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar untuk menjadi teladan yang baik kepada anak murid. 
  •        ´Mengajar anak murid pendidikkan moral serta pendidikan agama yang mempunyai unsur-unsur amalan budi bahasa. 
  •         ´Memberi peluang kepada pelajar yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum bagi menggunakan bahasa dengan bersopan santun melalui menjalankan sesuatu aktiviti



Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa haruslah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya’.

Ibu Bapa haruslah :

Melemparkan senyuman atau menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan jiran.

Mempraktikan perkataan yang berbudi sepertitolong’ ,’terima kasih’ ,’siladanminta maaf’.

Sentiasa memberikan pujian kepada ahli keluarga.

Memberitahu kepada anak-anak tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu besuara perlahan.

Mengajar anak mengenai budi bahasa.

 PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

  •         Agama dan moral mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku.
  •          Agama dan moral dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran



Peranan Media Massa

1.MEDIA CETAK (surat khabar,majalah,risalah):

´Mencetakkan artikel-artikel yang berkaitan dengan amalan budi Bahasa.

´

2.MEDIA ELEKTRONIK (televisyen,radio)

´Menyiarkan rancangan-rancangan atau drama-drama yang menunjukkan amalan budi bahasa.

´Contoh drama: Drama Bawang Merah dan Putih

                                 Drama Kaki Kambing

 Peranan Masyarakat

  •          Memberi salam antara satu sama lain.

  •         ´Saling menolong dan membantu.
a.Dengan tolong-menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesame manusia.

b.Tolong-menolong juga dapat memupuk rasa kasih-saying antara jiran tetangga,antara kawan,dan masyarakat.



  •         Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur.